Friday, March 18, 2011

HAMPIRNYA HARI KIAMAT

penaklukan baitulmuqaddis, Dari Auf b. Malik r.a.rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." (sahih Bukhari)

zina bermaharajalela. "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknyamelakukan persetubuhan seperti himar(keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." (sahih Muslim)

banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. "Diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." (Abu Hurairah r.a)

bermaharajalela alat muzik. "pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian(muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" (Ibnu Majah)

menghias masjid dan membanggakannya. "Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid"  (Riwayat Nasai)

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." (Riwayat Ahmad dan Hakim)

Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik hati dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran."  (Riwayat Ahmad)

orang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang berima yang diapit oleh dua orang mulia"  (Riwayat Thabrani)

mengucapkan salam kepada orang yang dikenalinya sahaja. "Sesungguhnyadi antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja."  (Riwayat Ahmad)

bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit." (Riwayat Thabrani)

banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" (sahih muslim)

banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar. "sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar"

Negara Arab menjadi rumput dan sungai. " Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." (Sahih Muslim)

pesanan terakhir Rasulullah s.a.w. pada 9 zulhijjah
pada hari, 9 zulhijjah, Nabi Muhammada SAW meninggalkan pesanan terakhir dalam khutbah Baginda di Lembah Uranah, Gunung Arafah, berhampiran kota Mekah.

  Khutbah terakhir Baginda pada tahun ke-10 hijrah berbunyi: " wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan. aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kataku dan sampaikan ia kepada orang yang tidak dapat hadir di sini hari ini. Wahai manusia, sebagaimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. kembalikan harta yang di amanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu menyakiti sesiapa pun supaya orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah mengharamkan Riba, justeru, segala urusan membabitkan riba di batalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi menjaga keselamatan agama kamu. Dia(Syaitan) sudah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara kecil. Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Jika merekamenyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk di beri makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layani wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah dengan mereka kerna sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka adalah sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan di larang melakukan zina. Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasa pada Ramadhan dan tunaikan zakat daripada harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji jika kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim ialah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia daripada yang lain kecuali dalam takwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari di pertanggung jwabkan di atas segala apa yang kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah supaya jangan sekali-kali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas kewafatanku. wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kataku yang sudah aku sampaikan kepada kamu, sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh kepadanya, nescaya kamu tidak akan sesat untuk selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan sunnahku, hendaklah orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula pada orang lain, semoga orang yang terakhir lebih memahami kataku daripada mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya sudah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-Mu."

*perkongsian untuk kesedaran bersama*

No comments:

Post a Comment

makaC suD komen (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...